PROGRAM ECO-SCHOOLS PERINGKAT NEGERI 

Program Eco-Schools menawarkan pelbagai aktiviti menarik seperti bengkel, seminar, webinar dan banyak lagi. Anda boleh mengetahui dengan lebih lanjut mengenai aktiviti yang dirancang melalui paparan di bawah. Anda disarankan untuk melawat ruang ini dari masa ke masa untuk mengelakkan keciciran maklumat daripada berlaku. Jika anda mempunyai cadangan untuk penambahbaikan aktiviti yang dirancang sila berhubung dengan penyelaras program Eco-Schools anda.  

PROGRAM BERKAIT ECO-SCHOOLS 

Selain Program Eco-Schools di negeri Melaka, Kedah dan Perak, Green Growth Asia Foundation juga aktif dalam penganjuran program-program Kokurikulum yang berteraskan Matlamat Pembangunan Mampan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UN SDGs) seperti Young Reporters for the Environment (YRE), Climate Ready Classroom (CRC), Digital Climate Change Marathon (DCCM), Back2Nature, Zero2Entrepreneur dan banyak lagi program menarik. Walaupun program-program berikut dirancang sebagai program yang berdiri sendiri, warga Eco-Schools sentiasa diberi keutamaan dari segi penyertaan program.