
Selamat Datang ke Eco-Schools Perak!
Kami dari Green Growth Asia Foundation (GGAF), selaku penganjur bersama Menteri Besar Perak (MB Inc.) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perak, ingin mengucapkan tahniah kerana dipilih untuk menyertai program Eco-Schools peringkat negeri Perak.
Sukacita dimaklumkan bahawa Program Eco-Schools Perak bagi sesi 2021 akan berlangsung mengikut ketetapan berikut:
Tarikh: 1 - 3 Disember 2021
Hari: Rabu - Jumaat
Tempat: Pusat Kokurikulum JPN Perak, Pangkor
Program ini akan berlangsung selama tiga (3) hari, merangkumi 10 sesi bengkel dan aktiviti bagi semua guru pembimbing yang hadir. Sebagai langkah persediaan, para guru perlu membawa komputer riba, pad atau tablet masing-masing dan MEMUAT TURUN kesemua dokumen yang tersenarai di bawah SEBELUM 1 Disember 2021.
Jumpa di sana!