BENGKEL PESP
ECO-SCHOOLS SIRI II

Selamat Kembali.

Selaku penganjur, kami harap Bengkel PESP Siri II dapat membantu guru-guru yang hadir untuk meneruskan perjalanan ke arah mencapai anugerah Green Flag Eco-Schools bersama murid dan warga sekolah.

Sepertimana yang dimaklumkan, berikut merupakan senarai dokumen untuk dimuat turun dan dilengkapkan oleh Jawatankuasa Eco-Schools dan sebelum dihantar kepada pihak penganjur bersertakan arahan berkaitan bagi melengkapkan Fasa 1: Persediaan. 

1.png

Senarai Semak

Berfungsi sebagai alat bantu bagi Jawatankuasa Eco-Schools untuk memastikan perkara-perkara penting Fasa 1: Persediaan dapat dilaksanakan dengan lancar sebelum bergerak ke Fasa 2: Pelaksanaan. ​

4.png

Borang Tinjauan Alam Sekitar

Murid perlu menjalankan tinjauan alam sekitar di sekolah bagi 12 + 1 tema Eco-Schools sebelum menganalisa isu alam sekitar yang kritikal.

2.png

Carta Organisasi

Setiap sekolah perlu merangka satu Carta Organisasi yang terdiri daripada Jawatankuasa Eco-Schools. Bagi peringkat sekolah rendah, Jawatankuasa Eco-Schools mempunyai pilihan untuk membuat 2 Carta Organisasi. 

5.png

Rumusan Kad Skor

Setelah tinjauan alam sekitar berjaya dilaksanakan, markah yang diperolehi dari setiap tema perlu dimasukkan ke dalam Rumusan Kad Skor bagi menentukan tema yang memerlukan projek eko berimpak tinggi.

3.png

Minit Mesyuarat

Jawatankuasa Eco-Schools perlu menjalankan sekurang-kurangnya satu perjumpaan yang telah diminit bagi Fasa 1. 

6.png

Pelan

Tindakan

Apabila tema kritikal telah dikenalpasti, Jawatankuasa Eco-Schools perlu berbincang dan menghasilkan sebuah pelan tindakan yang komprehensif. Projek/Aktiviti eko perlulah relevan dengan tema yang dipilih. ​

Untitled design.png

Google Sites

Aplikasi Google Sites ternyata berkesan bagi pengumpulan maklumat dan pameran perkembangan secara maya.